|
TUNED PERCUSSION (alat perkusi yang sudah dilaras)
Merupakan alat muzik yang sudah dilaraskan bunyi dan ditetapkan mengikut bunyi-bunyi atau notasi-notasi tertentu spt DO, Re, Mi .. / A Major (Am), C Sharp (C#) Selalunya alat-alat ini memainkan peranan penting dalam mengharmonikan sesuatu lagu. Contoh alat:piano, organ, xylaphone, marimba, vibraphone, orchestra bell, crotale, metallaphone, chime, steel drums, timpani, antique cymbal, clavinet dan dulcimer.
UNTUNED PERCUSSION (alat perkusi yang tidak dilaras)
Merupakan alat yang tidak dilaras bunyinya. Tiada bunyi standard untuk dilaraskan. Contoh alat: bass drum, gong, chime tree,snare drum,tam-tam, tenor drum, kick drum, hi-hat, crash cymbals, ride cymbal, sizzle cymbal, splash cymbal, china cymbal dan taiko drum.
AUXILIARY PERCUSSION (alat perkusi sokongan)
Digunakan untuk memberi sokongan tambahan kepada alat-alat perkusi utama. Ia juga boleh dijadikan sebagai alat muzik utama mengikut kreativiti pemuzik sendiri. Contoh alat: finger cymbal, flex-a-tone, glass harp, ratchet, rattle, sand blocks, whip, sleigh bells, tambourine, temple block, triangle, turntable, vibraslap,wood block, doyra, mendoza dan anvil.
LATIN/ AFRO-CUBAN/ BRAZILIAN/ AFRICAN PERCUSSION
Latin percussion /Afro-Cuban dimainkan dengan cara yang unik. Soloist atau pemain solo akan menjadi intipati utama dalam permainan perkusi ini. Brazilian percussion caranya juga sama tetapi permainanya lebih groove atau lebih kepada permainan secara asas sahaja tanpa menekannkan konsep solo. African drums tidak mempunyai bunyi yang tetap. Ia tidak menghasilkan konsep solo. Contoh alat: atabaque, agogo bell, bata, bongo drums, brake drum, cabasa, castanet, cajon, clave,conga,cowbell, cuica, djembe,jawbone, maracas,scraper, tambora, timbales, tamborim, surdo,agogo,sambogo,ganza dan tambora.
SOUTHEAST ASIA / ARABIC DUMBEKS PERCUSSION
Jenis alat ini banyak didapati dari negara Asia. Kebanyakkan alat-alat perkusi di Asia Tenggara dipengaruhi elemen perkusi dari Timur Tengah dan India. Contoh alat: kompang, marwas, rebana, gendang jawa, gendang sunda, geduk, beduk, rebana ubi, dol, sarunai, marwas, udu drum, tabla, doumbek, darbouka, douf, egyptian tabla, persian zarb, tarija, turkish doumbek, doira, tar dan bendir |