|
BIL |
ISTILAH |
MAKSUD / PENGERTIAN
|
|
1. |
Haji |
Mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu
|
|
2 |
Umrah |
Menziarahi Baitullah al-Haram kerana mengerjakan ibada tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat yang ditetapkan
|
|
3 |
Upah haji |
Melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain
|
|
4 |
Wukuf |
Berada di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah selepas gelincir matahari sehingga terbit fajar 10 Zulhijjjah
|
|
5 |
Tawaf |
Mengelilingi Baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadat kepada Allah
|
|
6 |
Tawaf Qudum |
Tawaf selamat datang
|
|
7 |
Tawaf Ifadhah |
Tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh mereka yang menunaikan ibadat haji.
|
|
8 |
Tawaf Widak |
Tawaf yang wajib ditunaikan oleh orang yang hendak meninggalkan Mekah
|
|
9 |
Tawaf Sunat |
Tawaf yang boleh dikerjakan pada bila-bila masa.
|
|
10 |
Saei |
Berjalan berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali dengan syarat tertentu
|
|
11 |
Bercukur/gunting |
Bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai . Dilakukan setelah selesai saie bagi menamatkan ibadat haji
|
|
12 |
Tertib |
Dilaksanakan mengikut susunan dengan mendahului niat ihram daripada rukun-rukun yang lain.
|
|
13 |
Wajib haji |
Amalan yang wajib dilakukan oleh setiap orangyang mengerjakan ibadat haji. Jika tertinggal salah satu daripada wajib haji, hajinya sah tetapi dikenakan dam atau didenda mengikut kadar yang ditentukan
|
|
14 |
Miqat |
Sempadan tempat atau masa yang ditentukan utk berniat ihram haji & umrah
|
|
15 |
Miqat zamani |
Sempadan masa bagi jemaah haji memulakan niat ihram.
|
|
16 |
Miqat Makani |
Sempadan tempat bagi jemaah haji memulakan niat ihram.
|
|
17 |
Bermalam di Muzdalifah |
Berada di Muzdalifah selepas tengah malam ke-10 Zulhijjah (selepas waktu wukuf di Arafah dan sebelum terbit fajar) |
|
18 |
Melontar Jamratul Aqabah |
Melontar 7 biji anak batu di Jamratul Aqabah.
Waktu - bermula selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
Waktu afdhal - selepas terbit fajar 10 Zulhijjah. |
|
19 |
Bermalam di Mina |
Berada di Mina pada sebahagian besar malam-malam 11, 12, 13 Zulhijjah (Hari Tasyrik) |
|
20 |
Melontar ketiga-tiga Jamrah |
Melontar di Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah dengan menggunakan 7 biji anak batu setiap tempat .
Waktu - selepas gelincir matahari hari 11, 12, 13 Zulhijjah (hari Tasyrik) hingga terbit fajar kecuali pada 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari. |
|
21 |
Haji Ifrad |
Mengerjakan amalan haji dan umrah secara berasingan. Haji dilakukan dalam musim haji , sementara Umrah dilakukan di luar musim haji , samada sebelum atau selepas musim haji . |
|
22 |
Haji Tamattu’ |
Mengerjakan Haji dan Umrah dalam musim haji. Umrah dilakukan terlebih dahulu pada musim haji diikuti dengan mengerjakan haji. |
|
23 |
Haji Qiran |
Mengerjakan ibadat Haji dan Umrah secara serentak dalam musim haji |
|
24 |
Dam |
Bahasa - darah
Istilah - denda yang dikenakan kepada jemaah yang melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau wajib umrah, atau melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram. |
|
25 |
Dam Takhyir |
Dibayar dgn cara memilih mana-mana jenis dam yang ditetapkan oleh syarak
|
|
26 |
Dam Takdir |
Dibayar mengikut kadar yang ditetapkan mengikut kemampuan |
|
27 |
Dam Ta’dil |
Dibayar mengikut nilaian harga dam |
|
28 |
Dam Tertib |
Dibayar mengikut susunan |
|
29 |
Sembelihan |
Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat mari’ dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah |
|
30 |
Qurban |
Sembelihan binatang an’am yang dilakukan pada hari Idil Adha atau hari-hari Tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah. |
|
31 |
Akikah |
Penyembelihan binatang an’am yang dilakukan sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kerana dikurniakan anak. |
|
32 |
Jual beli |
Menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu |
|
33 |
Sewa |
Satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari sesuatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan. |
|
34 |
Gadaian |
Bahasa : menahan sesuatu
Syarak : sesuatu barang bernilai yang dijadikan cagaran ole pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman |
|
35 |
Syarikat |
Bahasa : bercampur atau berkongsi.
Istilah : perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak atau lebih |
|
36 |
Hutang |
Memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang , barang atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan membayar atau mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama. |
|
37 |
Insurans |
Satu faedah, iaitu apabila satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan mengembeling usaha serta sumber, bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan toong menolong apabila ditimpa musibah. Melalui pakatan ini orang yang dilanda malang akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya berbentuk kewangan. |
|
38 |
Saham |
Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan. Sebuah syarikat boleh beroperasi apabila dua orang atau lebih bergabung untuk menjalankan perniagaan. |
|
39 |
Per
kahwinan |
Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan. |
|
40 |
Merisik |
Langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai seta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang suami |
|
41 |
Meminang |
Lamaran daripada seseorang lelaki kepada seseorang perempuan untuk dijadikan isteri. |
|
42 |
Wali |
Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan . |
|
43 |
Wali Mujbir |
Wali yang berhak mengahwinkan pengantin perempuan yang masih gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu. Contohnya bapa dan datuk |
|
44 |
Wali Hakim |
Mereka yang diberi kuasa oleh sultan / pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab, untuk mengahwinkannya |
|
45 |
Wali Akrab |
Wali yang hampir dengan perempuan tersebut termasuk datuk dan bapa. |
|
46 |
Sekufu’ |
Setaraf dari segi keturunan, pendidikan , pekerjaan dan lain-lain. |
|
47 |
Ijab |
Lafas yang diucapkan oleh wali . |
|
48 |
Qabul |
Jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami. |
|
49 |
Mahar |
Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri samada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akd nikah. |
|
50 |
Mahar Musamma |
Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-kedua belah pihak |
|
51 |
Mahar Misil |
Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan sebelah isteri. |
|
52 |
Walimatul Urus |
Kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan. |
|
53 |
Talak |
Melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak/cerai/bermaksud talak. |
|
54 |
Talak Sunni |
Talak yang sesuai dengan peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isteri dengan talak satu atau dua ketika isteri suci daripada haid, nifas dan tidak disetubuhi. |
|
55 |
Talak Bid’i |
Talak yang menyalahi peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isteri ketika haid , nifas atau ketika suci yang disetubuhi. |
|
56 |
Talak Raj’ie |
Talak satu atau dua yang belum tamat idahnya, Suami boleh merujuk kembali isteri semasa idah tanpa perlu kepada akad dan mahar yang baru. |
|
57 |
Talak Bain |
Talak yang tidak boleh dirujuk , perlu akad nikah dan mahar yang baru. |
|
58 |
Talak Bain Sughra |
Talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kecuali dengan akad dan mahar yang baru (contoh cerai cara Khuluk, Fasakh, talak 1 / 2 yang tamat idah) |
|
59 |
Talak Bain Kubra |
Talak tiga yang mengharamkan bekas suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan.
|
|
60 |
Talak Takliq |
Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat. Terbahagi kepada dua iaitu Taklik Biasa dan Taklik Secara Khuluk. |
|
61 |
Talak Taklik Biasa |
Talak yang dilafazkan dalam keadaan biasa seperti suami berkata kepada isterinya”Jika engkau keluar dari rumah ini maka engkau tertalak dengan talak satu” |
|
62 |
Talak Taklik Secara Khuluk |
Lafaz Taklik yang termaktub dalam Surat Akuan Nikah |
|
63 |
Rujuk |
Mengambil semula isteri yang telah diceraikan sebelum habis tempoh iddah. |
|
64 |
Iddah |
Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas bercerai dengan suami. |
|
65 |
Fasakh |
Pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad atau disebabkan masalah yang berlaku didalam rumahtangga |
|
66 |
Khuluk |
Perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak atau khuluk yang memerlukan bayaran tertentu |
|
67 |
Nusyuz |
Keengganuan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak |
|
68 |
Zihar |
Suami menyamakan isteri atau mana-mana anggotanya dengan ibunya @ dengan mana-mana perempuan yang haram dengannnya |
|
69 |
Li’an |
Sumpah suami yang disertakan dengan laknat Allah untuk menolak hukum qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri @ untuk menafikan nasab |
|
70 |
Poligami |
Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih daripada empat orang pada satu masa |
|
71 |
Undang-undang Keluarga Islam |
Undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan perkara yang berkaitan dengan kedua-duanya di kalangan orang Islam |
|
72 |
Anak Angkat |
Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya |
|
73 |
Hadhanah |
Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumayyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri |