PENGURUSAN MASA
Bezakan Tugas Yang Perlu Disegerakan Dan Tgasan Penting.
Prinsip penting dalam melaksanakan tugasan ialah membezakan perkara penting dengan perkara yang perlu disegerakan. Perkara penting tidak boleh dilupakan, ia perlu disiapkan seberapa segera yang boleh. Contohnya keja rumah yang perlu dihantar esok harus disiapkan segera. Membaca buku lain untuk ujian pada minggu hadapan memang penting tetapi boleh ditangguhkan sehingga siap kerja rumah yang perlu dihantar hari berikutnya.
Kemaskan Meja Anda
Otak anda akan menjadi serabut jika meja tidak diluruskan dengan sempurna.Terlalu banyak benda menggangu minda anda. keadaan ini menyebabkan kekeliruan. hanya tinggalkan peralatan penting di atas meja berkenaan. Contohnya kalendar, jadual waktu belajar, jam, tempat alatan menulis dan juga buku yang tersusun rapi meningkatkan semangat untuk belajar. Susun atur meja yang kemas membangkitkan kesungguhan menelaah pelajaran.
Belajar Bertenang
Kerja keras memang baik namun dalam masa yang sama anda perlu belajar untuk bertenang. Bertenang seketika boleh melapangkan fikiran. Ketenangan membawa kedamaian dan membantu meningkatkan tumpuan dalam sesuatu kerja.
Elak Berfikir Seperti Mat Jenin.
Berfikir secara tidak realistik boleh menggangu pelaksanaan kerja yang dirancangkan. Pelajar yang suka berangan-angan akan mencuri masa lebih lama tanpa memberikan hasil berkesan. Berangan berlebihan menyebabkan anda berada di alam fantasi dan tidak boleh berfikir secara rasional. Perkara yang tidak rasional akan membawa seseorang itu ke dunia mengasyikkan. Anda boleh berdoa tetapi bukan berangan-angan. Berfikirlah perkara yang masuk akal dan berdoa supaya dapat melaksanakan tugas yang sudah dirancangkan.
Sediakan Senarai Semak.
Bagi memudahkan mengingat tugasan yang banyak, sediakan senarai semak yang menyenaraikan tugasan anda. Sebaik saja tugasan pertama selesai, tandakan. beri tumpuan kepada tugasan seterusnya. Strategi ini pasti berkesan kerana anda dapat merancang lebih awal dan menyelesaikan tugasan mengikut jadual.
Petikan: Minda, Berita Harian (16 Februari 2010)